Tarikh kemaskini: 28/04/2018

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Ecofirst Consolidated Bhd mencatat keuntungan bersih melebihi tiga kali ganda kepada RM4.45 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mei, 2018 berbanding RM1.25 juta pada tempoh sama, tahun lepas.

Perolehannya turut meningkat kepada RM35.3 juta berbanding RM32.05 juta, sebelum ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ecofirst Consolidated menyifatkan prestasi lebih baik itu didorong oleh jualan menggalakkan bagi pembangunan fasa pertama projek utamanya, Liberty@Ampang Ukay, di Selangor.

“Fasa pertama Liberty@Ampang Ukay telah berjaya dijual sepenuhnya kerana memberi nilai kepada pembeli rumah pertama, khususnya kalangan profesional muda yang bekerja di bandar.

“Kami percaya permintaan kukuh itu akan berterusan bagi fasa seterusnya projek itu berikutan faktor lokasi strategiknya serta aspek rangkaian perhubungan yang amat baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tiong Kwing Hee…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *