Untung bersih Ecofirst melonjak 166 peratus kepada RM44.53 juta pada 2018 | EcoFirst Consolidated Bhd

Tarikh kemaskini: 30/07/2018

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Keuntungan bersih Ecofirst Consolidated Bhd melonjak 166 peratus kepada RM44.53 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mei, 2018 daripada RM16.71 juta setahun sebelumnya.

Perolehan meningkat 42 peratus kepada RM181.23 juta daripada RM127.21 juta bagi tempoh yang sama.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pembangunan hartanah itu berkata prestasi cemerlang pada tahun kewangan 2018 itu didorong khususnya oleh fasa pertama pembangunan Ampang Ukay atau dikenali sebagai Liberty @ Ampang Ukay, serta projek Upper East @ Tiger Lane, Ipoh, Perak.

Prestasi setahun penuh itu turut merangkumi keuntungan daripada penjualan tanah kepada kerajaan bagi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang, serta pendapatan sewaan berulang daripada operasi dua pusat beli-belah iaitu, South City Plaza di Seri Kembangan, Selangor, dan Pusat Beli-belah 1Segamat di Segamat, Johor.

Pada suku keempat berakhir 31 Mei, 2018, Ecofirst merekodkan peningkatan keuntungan bersih tujuh peratus kepada RM8.9 juta daripada RM8.3 juta pada setahun lepas, manakala perolehan susut kepada RM60.71 juta daripada RM65.55 juta bagi tempoh yang sama…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *